jums chat

Ahad, 28 April 2013

kamu islam??

Mengapa jadi orang
Islam kalau takut
dengan Islam?
1. Tak nak tutup aurat,
takut dengan tutup
aurat tu jatuh saham.
Nampak tak menarik.
Padahal Allah bagi janji
menarik - Syurga.
2. Tak nak solat, takut
dengan solat kawan-
kawan kata budak
surau, kaki masjid,
tunjuk warak, tunjuk
alim. "Tak amerika la".
Padahal Allah janjikan
dengan kejayaan -
Syurga.
3. Tak nak kahwin awal,
takut dengan kahwin
awal itu macam-macam
perkara yang tak
tercapai akal akan
terjadi pada masa
depan diri. Rela couple
sampai terluka hati. Rela
couple sampai buang
bayi. Padahal Allah
janjikan dengan
ketenangan dan rezeki
serta anak pinak dari
cara yang halal.
4. Tak nak politik Islam,
takut dengan naiknya
Islam maka hancurlah
perniagaannya, rugilah
industri hiburannya,
larilah pelanggannya, tak
majulah bisnesnya,
bankraplah
perdagangannya.
Padahal janji Allah
dengan rezeki yang
melimpah ruah bila
keluar zakat, bila
bersedekah, bila infak,
bila cari rezeki yang halal
dan bila tolak segala
manipulasi, monopoli,
tipu, rasuah, riba dan
penindasan dalam
bermuamalat - Syurga.
5. Tak nak berhibur cara
Islam, takut dengan
berhibur cara Islam itu
rugilah tiket konsert,
membosankan sebab
tiada goyangan badan
serta dedahan aurat
seksa mata, siapa nak
tengok. Padahal Allah
bagi jaminan rezeki yang
halal itu biarpun sedikit
itu lebih berkat dari
dapat duit banyak
berjuta-juta tapi haram.
6. Tak nak hidup cara
Islam, takut dikatakan
tak up to date dan
jumud. Tak style lah.
Apa ni itu tak boleh, ini
tak boleh. Rimaslah tak
bebas nak buat apa
saja. Padahal Allah dan
janji, boleh bebas
sebebasnya dalam
Syurga nanti dengan
pelbagai kenikmatan
dan kemewahan
memenuhi di antara
langit dan bumi. Hidup di
dunia hanya 60 hingga
70 tahun sahaja. Hidup
di sana kekal
selamanya.
Tapi, bila menjelang je
Hari Raya Aidilfitri or
Aidiladha, semua nak
jadi orang Islam. Eh, tak
takut pula dengan hari
raya?
Takutlah..takutlah.. Raya
nak, jadi orang Islam
yang mengamalkan
Islam, tak nak.
Laksana agama Islam,
apa nak ditakuti.
Janji Allah, janji ditepati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan